Wednesday, 5 October 2016

Pada masa ini saya sedang belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Di sini saya telah bertemu dengan ramai rakan rakan yang berasal daripada pelbagai negeri dan daerah yang bahkan tidak pernah saya dengar dan tahu tentang kewujudannya. Disini juga telah bertemu dengan guru guru yang mempunyai pelbagai cara dalam mendidik kami. Ada yang mengajar dengan tegas tetapi peramah di luar waktu kelas, ada yang suka bercerita, ada yang sentiasa mengambil berat tentang kami dan paling penting ada seorang guru yang melayan rakan sekelas kami seperti anaknya sendiri meskipun kami telah beberapa kali melakukan kesalahan kepadanya. Selain itu, ada cikgu yang akan bercakap dalam dialek negeri asalnya. saya akan tersenyum sendiri apabila cikgu tersebut mula bercakap kerana beliau mengingatkan saya tentang ibu saya dan kampung halaman. saya pasti tidak akan merupakan mereka yang telah mendidik saya dan rakan sekelas kerana setiap seorang daripada mereka mempunyai sesuatu sifat atau perkara yang akan sentiasa mengingatkan saya kepada mereka.

No comments:

Post a Comment