Wednesday, 12 October 2016

ASSIGNMENT!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Berdasarkan beberapa faktor, harini saya terpaksa bercerita mengenai assignment yang pernah dan telah diberikan oleh lecturer lecturer kami yang baik baik belaka. Kepada adik adik yang belum pernah tahu apa itu assignment... Meh abe cerita sikit. Assingment ni adalah satu term gempak yang digunakan oleh para lecturer apabila mereka memberikan homework. Kebiasaannya kami akan diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan assignment yang telah diberikan. Apa yang hebat pasal benda alah ni adalah ia akan memberikan kita markah yang akan dicampurkan dengan markah final exam kita. So, assignment ni kira teramat penting la untuk di buat. Analoginya.. korang kalau buat assignment ni kira dah dapat markah free la.

Setakat ni semua assignment yang kitorang dapat ni mudah belaka la. Lagi lagi kelas Science Computer. Sebagai contoh, haritu lecturer kitorang ada bagi assignment untuk buat I-Think Map. Kitorang kene muatkan semua maklumat tentang satu subtopic dan muatkan dalam satu slide. Kenapa saya cakap senang? Amik nota, salin.. Senang kan? Part yang susah adalah saya kena pandai susun maklumat tu. Pening jugak la. Dah la otak serabut, nak cakap kreatif tu jauh sekali. Yang tak dapat gambaran lagi apa tu I-Think Map ni saya bagi contoh..
Image result for i think map slide

Tu je la yang perlu saya sampaikan kepada anda semua. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya. Sekian terima kasih.

 

Wednesday, 5 October 2016

Pada masa ini saya sedang belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Di sini saya telah bertemu dengan ramai rakan rakan yang berasal daripada pelbagai negeri dan daerah yang bahkan tidak pernah saya dengar dan tahu tentang kewujudannya. Disini juga telah bertemu dengan guru guru yang mempunyai pelbagai cara dalam mendidik kami. Ada yang mengajar dengan tegas tetapi peramah di luar waktu kelas, ada yang suka bercerita, ada yang sentiasa mengambil berat tentang kami dan paling penting ada seorang guru yang melayan rakan sekelas kami seperti anaknya sendiri meskipun kami telah beberapa kali melakukan kesalahan kepadanya. Selain itu, ada cikgu yang akan bercakap dalam dialek negeri asalnya. saya akan tersenyum sendiri apabila cikgu tersebut mula bercakap kerana beliau mengingatkan saya tentang ibu saya dan kampung halaman. saya pasti tidak akan merupakan mereka yang telah mendidik saya dan rakan sekelas kerana setiap seorang daripada mereka mempunyai sesuatu sifat atau perkara yang akan sentiasa mengingatkan saya kepada mereka.

About me

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nama saya Osman. Saya berumur 18 tahun dan lahir pada 22 Februari 1998. Saya berasal dari penghujung Benua Asia iaitu Pontian, Johor. Saya telah dilahirkan di Hospital Besar Pontian. Saya merupakan anak keempat daripada lapan beradik. Saya tinggal di sebuah kampung yang bernama Kampung Parit Rambai. Di kawasan perkampungan itulah saya telah membesar dan mula mengenali dunia. Bapa saya merupakan penduduk asal kampung tersebut manakala ibu saya berasal daripada Negeri Jelapang Padi atau lebih dikenali sebagai Negeri Kedah. Pulang ke kampung halaman merupakan perkara yang amat menyeronokkan kepada kami sekeluarga kerana mendapat kesempatan untuk bertemu dengan sanak saudara yang jarang ditemui.

Sekian sahaja penulisan daripada saya. Saya harap anda terhibur semasa membaca. Sila komen sekiranya ada perkara yang perlu saya tambah atau perkara yang tidak sepatutnya ada dalam penulisan saya. Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi membaca.