Wednesday, 12 October 2016

ASSIGNMENT!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Berdasarkan beberapa faktor, harini saya terpaksa bercerita mengenai assignment yang pernah dan telah diberikan oleh lecturer lecturer kami yang baik baik belaka. Kepada adik adik yang belum pernah tahu apa itu assignment... Meh abe cerita sikit. Assingment ni adalah satu term gempak yang digunakan oleh para lecturer apabila mereka memberikan homework. Kebiasaannya kami akan diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan assignment yang telah diberikan. Apa yang hebat pasal benda alah ni adalah ia akan memberikan kita markah yang akan dicampurkan dengan markah final exam kita. So, assignment ni kira teramat penting la untuk di buat. Analoginya.. korang kalau buat assignment ni kira dah dapat markah free la.

Setakat ni semua assignment yang kitorang dapat ni mudah belaka la. Lagi lagi kelas Science Computer. Sebagai contoh, haritu lecturer kitorang ada bagi assignment untuk buat I-Think Map. Kitorang kene muatkan semua maklumat tentang satu subtopic dan muatkan dalam satu slide. Kenapa saya cakap senang? Amik nota, salin.. Senang kan? Part yang susah adalah saya kena pandai susun maklumat tu. Pening jugak la. Dah la otak serabut, nak cakap kreatif tu jauh sekali. Yang tak dapat gambaran lagi apa tu I-Think Map ni saya bagi contoh..
Image result for i think map slide

Tu je la yang perlu saya sampaikan kepada anda semua. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya. Sekian terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment